tin kosong

Lukisan ini diilhamkan ketika aku terfikir tentang blog tinkosong.blogspot.com yang mendidik pelajar-pelajar tentang peluang pendidikan di Malaysia.

Imej yang terlintas di mindaku ialah beribu-ribu tin-tin yang begitu ingin disi dengan ilmu pengetahuan supaya boleh menjadi ubi-ubi berisi (dari peribahasa diam-diam ubi berisi).

Apa yang terasa begitu lucu adalah kecetekan ilmu tin-tin kosong sehingga tidak tahu bahawa ubi tidak berbuah di atas pokok tetapi sebaliknya membesar di bawah tanah.